Friday 21 September 2012



PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025
                                11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM




3.            MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
v  Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
v  Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
v  Memperkembang murid secara holistic dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan 1 Kelab & 1 Badan Uniform
v  Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi
 



4.              TRANSFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
v  Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
v  Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
v  Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
v  Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
v  Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025

 


5.         MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN SETIAP SEKOLAH

v  Memperkenal kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
v  Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua/guru besar mulai 2013 dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid




SUMBER : Utusan Malaysia

















Monday 17 September 2012



PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025
11 ANJAKAN UNTUK TRANSFORMASI SISTEM

2.            MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BM & BI


v  Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
v  Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
v  Meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris
v  Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025

                 

                 Sumber - Utusan Malaysia